Cari:
Vietnam Batal Mohon Hak Penganjuran Sukan Asia 2019
2014-04-18 14:53:18 CRI Cetak

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung semalam mengumumkan bahawa Vietnam telah membatalkan permohonan hak penganjuran Sukan Asia ke-18 yang akan diadakan pada 2019.

Kerajaan Vietnam menerangkan bahawa Vietnam tidak mempunyai pengalaman untuk menganjurkan temasya sukan besar-besaran seumpama Sukan Asia. Lagipun ketika memohon hak penganjuran, rancangan persiapan berkenaan gagal diluluskan oleh Perdana Menteri. Selain itu, belanjawan negara ini yang agak terhad akan digunakan demi tugas yang lebih penting.

Pegawai Majlis Olimpik Asia, Husain Al-Musallam pula menyatakan, keputusan Vietnam ini merupakan pilihan terbaik berdasarkan keadaan semasa negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China