Cari:
Rundingan Pegawai Kanan China-ASEAN Ke-20 di Pattaya
2014-04-18 15:10:12 CRI Cetak

Rundingan Pegawai Kanan China-ASEAN Ke-20 akan diadakan di Pattaya Thailand pada 21 dan 22 April nanti. Mesyuarat Pelaksanaan "Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan" akan turut diadakan dalam rundingan tersebut. Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin akan mengetuai delegasi China menyertai rundingan itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam berkata, pelbagai pihak dalam rundingan itu akan bertukar-tukar pendapat tentang hubungan China-ASEAN, kerjasama rantau Asia Timur dan isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi kepentingan bersama. China juga akan mengadakan perbincangan dengan negara-negara ASEAN tentang usaha menerajui kerjasama pragmatik di Laut China Selatan dan isu Kod Tatalaku di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China