Cari:
CAEXPO Berinisiatif dalam Pembangunan "Jalan Sutera Maritim "
2014-04-21 12:30:05 CRI Cetak

Ketua Setiausaha Sekretariat Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), Zheng Junjian berkata di Nanning minggu lalu, CAEXPO akan menggunakan peranannya dalam bidang ekonomi dan perdagangan, dialog politik dan wahana diplomatik untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan "Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21".

CAEXPO yang berjaya diadakan oleh 11 buah negara sebanyak 10 kali disenaraikan China sebagai salah satu daripada tiga forum dan pameran peringkat negara yang penting.

Pembangunan "Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21" bertitik tolak dari interaksi dasar, kesalinghubungan jalan, kelancaran perdagangan, peredaran mata wang dan pertukaran masyarakat.

Zheng Junjian memaklumkan, pihaknya akan menetapkan topik perbincangan forum dan tema pameran CAEXPO dari kandungan dan bentuk mengikut keperluan pembangunan jalan tersebut, seperti kerjasama pelabuhan, logistik dan kewangan.

Zheng Junjian berkata, pembangunan jalan itu memerlukan projek yang konkrit. Pelbagai forum yang diadakan sempena CAEXPO dipercayai dapat membekalkan sokongan kepada projek tersebut dari segi teori dan penggubalan peta garisan kerjasama.

CAEXPO berlainan dengan pameran yang lain. Pameran yang biasa diadakan mengikut sektor dan kategori komoditi, manakala pameran CAEXPO dilakukan mengikut negara. Mempamerkan produk keluaran sesebuah negara dalam pavilionnya sendiri akan memudahkan para pengunjung membeli produk tersebut. Tindakan seumpama itu membawa manfaat baik kepada negara, peniaga mahupun orang ramai.

Pada 10 tahun yang lalu, jumlah perdagangan China-ASEAN mencapai hasil yang cemerlang. Ia meningkat kepada USD 443.6 bilion pada tahun 2013 daripada USD 105.9 bilion pada tahun 2004. Pencapaian ini atas sumbangan CAEXPO.

Pada masa depan, pembangunan Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dilihat pasti akan menyumbang kepada peningkatan kerancakan kerjasama antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China