Cari:
Dialog dan Kerjasama Maritim ASEAN-China Rancak
2014-04-22 14:47:03 CRI Cetak

Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN ke-20 diadakan di Pattaya, Thailand pada 21 hingga 22 April ini. Pada dua hari ini, mesyuarat pegawai kanan berhubung pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak yang Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) ke-7 juga akan diadakan. Pelbagai pihak akan bertukar-tukar pendapat tentang hubungan China-ASEAN, kerjasama Asia Timur dan membincangkan pendorongan kerjasama pragmatik dan Kod Tatalaku Pihak-Pihak yang Berkepentingan mengenai Laut China Selatan (COC).

Pengarah Jabatan ASEAN Kementerian Luar Thailand, Attayut Srisamut berkata, hubungan kedua-dua pihak bertambah erat beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai negara yang membangun dengan pesat, China kelihatan membawa pengaruh yang besar terhadap rantau berkenaan. Untuk mendorong perkembangan hubungan itu, pihaknya akan berusaha mendorong lebih banyak dialog dan kerjasama maritim, mempertingkat hubungan yang saling memahami dan mempercayai, serta memikul tanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Attayut berkata, usaha mendorong DOC dan COC bertujuan untuk menggalakkan keamanan serantau. DOC telah ditandatangani pada tahun 2002, namun rundingan berhubung COC baru dimulakan pada tahun lalu. Pihak terbabit berusaha menyusun draf COC pada tahun ini.

Selain itu, Attayut juga berkata, usaha menyusun COC memerlukan masa, dan interaksi secara teliti perlu diadakan dalam beberapa pusingan, supaya pihak terbabit dapat mengukuhkan rasa saling memahami dan mempercayai. Walau bagaimanapun, kesemua pihak menyatakan kesediaan untuk berinteraksi meskipun tiada jadual bagi penyusunan COC itu.

Ketika menilai hubungan China-ASEAN, Attayut berkata, ASEAN merupakan rakan dagang ketiga terbesar bagi China, manakala China adalah rakan dagang terbesar bagi ASEAN. Kedua-dua pihak berharap mencipta suasana kerjasama yang baik dan memperkasakan kestabilan serantau dengan momentum COC.

Sebagai negara bagi penyelaras hubungan China-ASEAN, Thailand dipercayai akan memainkan peranan yang semakin penting tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China