Cari:
Hubungan Singapura, Brunei Makin Erat
2014-04-22 13:37:42 CRI Cetak

Pertukaran lawatan peringkat tinggi antara Singapura dengan Brunei Darussalam bakal mengeratkan lagi hubungan bilateral.

Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam berkata demikian pada majlis jamuan untuk menyambut kedatangan pasangan Diraja Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan permaisuri semalam.

Menurut Dr Tony Tan, hubungan Singapura-Brunei sudah terjalin sejak sekian lama dan pemimpin kedua-dua negara itu selalu berusaha mengekalkan asas sejarah yang cukup kukuh itu sehingga memudahkan pemimpin generasi seterusnya menyambungkan hubungan baik tersebut.

Sultan Bolkiah menyifatkan Singapura sebagai sahabat handai di persada ASEAN malahan PBB, kerana kedua-duanya menghadapi cabaran yang sama daripada isu politik, ekonomi dan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China