Cari:
Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN di Thailand
2014-04-23 13:59:56 CRI Cetak

Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN Ke-20 dan Mesyuarat Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak yang Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) Ke-7 diadakan di Pattaya, Thailand pada 21 hingga 22 April lalu. Para peserta membincangkan hubungan China-ASEAN dan kerjasama Asia Timur serta menumpu kepada kerjasama pragmatik dalam ekonomi dan perdagangan, pembangunan infrastruktur, kerjasama maritim, pertukaran budaya, pendorongan kerjasama dalam rangka DOC dan rundingan mengenai Kod Tatalaku Pihak-Pihak yang Berkepentingan di Laut China Selatan (COC).

Sebagai negara penyelaras hubungan China-ASEAN, Thailand mempengerusikan mesyuarat berkenaan bersama dengan China. Timbalan Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow berkata dalam sidang media bahawa kedua-dua pihak telah mencapai beberapa banyak kata sepakat. Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin menyatakan, penyelarasan dan kerjasama merupakan tema utama mesyuarat tersebut.

Sihasak berkata, kedua-dua pihak sekali lagi mengiktiraf peranan perkembangan hubungan bilateral bagi keamanan dan kestabilan serantau, dan bersetuju untuk membangunkan hubungan rakan strategik antara satu sama lain yang lebih baik, erat dan dinamik berdasarkan pandu saling mempercayai dan saling menghormati serta kerjasama.

Salah satu tumpuan mesyuarat tersebut adalah usaha memperhebat kerjasama maritim, terutamanya kerjasama di Laut China Selatan. Menurut Liu Zhenmin, kedua-dua pihak membincangkan wahana pencarian dan penyelamatan (SAR) di laut, di samping menubuhkan tabung kerjasama maritim yang bernilai RMB 3 bilion yang meliputi ekonomi, keselamatan dan perlindungan alam sekitar di laut.

Dimaklumkan, kedua-dua pihak menumpu kepada kerjasama pelbagai pihak dalam mesyuarat ini, terutamanya kaedah memperkasakan pembangunan mekanisme kerjasama maritim di Laut China Selatan, menubuhkan wahana kerjasama di laut dan melaksanakan DOC. Ini disebabkan kerjasama boleh membawa jauh lebih banyak manfaat kepada pihak-pihak terbabit berbanding perselisihan pendapat dan konflik. Selain itu, kerjasama maritim dipercayai dapat mempertingkat hubungan politik yang saling mempercayai dan menggalakkan kepentingan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China