ASEAN merupakan tumpuan utama dalam diplomasi China dengan negara jiran. China menyokong peranan utama ASEAN dalam kerjasama Asia Timur.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang dalam sidang media di Beijing hari ini berikutan persepakatan anggota Mesyuarat Ke-20 Rundingan Pegawai Kanan China-ASEAN tentang sumbangan hubungan China-ASEAN kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.