Cari:
Negara ASEAN Hargai Perkembangan Hubungan China-ASEAN
2014-04-28 13:14:19 CRI Cetak

Dalam Mesyuarat ke-20 Rundingan Pegawai-pegawai Kanan ASEAN-China yang diadakan minggu lalu, negara-negara ASEAN telah memberikan penilaian positif terhadap perkembangan hubungan China-ASEAN.

Negara-negara ASEAN termasuk Thailand menganggap bahawa hubungan China-ASEAN mempunyai asas yang kukuh, melibatkan pelbagai bidang dan dinamik. Hubungan rakan strategik kedua-dua pihak telah menjadi tonggak bagi memelihara kedamaian dan kestabilan rantau ini, peranannya akan menjadi lebih penting pada masa depan. Baik dari segi hubungan bilateral mahupun serantau atau antarabangsa, China sentiasa merupakan rakan kongsi utama bagi ASEAN. Sempena hubungan rakan strategik China-ASEAN memasuki dekad kedua, pegawai kanan pelbagai negara meningkatkan interaksi, dan mencapai persepakatan akan membantu menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN ke tahap yang selanjutnya. Negara-negara ASEAN turut memberikan penilaian positif terhadap cadangan mengenai "rangka kerjasama 2+7" yang dikemukakan oleh China sempena sidang pemimpin China-ASEAN pada tahun lalu. Selain itu, pegawai-pegawai kanan ASEAN juga menyatakan alu-aluan terhadap hasil yang dicapai dalam mesyuarat kumpulan kerja bersama ke-10 untuk melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) yang diadakan di Singapura bulan lalu.

Beberapa negara termasuk Malaysia menganggap bahawa China merupakan rakan dialog ASEAN yang paling aktif kerana banyak mengeluarkan anjuran kerjasama yang bermakna. Kedua-dua pihak seharusnya berusaha bersama-sama dengan bersungguh-sungguh untuk menjayakan anjuran berkenaan. Perkembangan sihat hubungan China-ASEAN berfaedah kepada kedamaian dan kestabilan rantau ini, bahkan kondusif kepada perkembangan ASEAN. Malaysia memberikan perhatian kepada latihan penyelamatan bencana dalam Forum Rantau ASEAN yang dianjurkan bersama-sama dengan China, dan akan bekerjasama dengan China untuk menjamin latihan itu dengan jayanya. Malaysia berharap latihan itu memberikan sumbungan kepada pembinaan mekanisme kerjasama penyelamatan bencana serantau.

Dalam mesyuarat itu, negara-negara ASEAN mengalu-alukan anjuran China untuk membangunkan "Jalan Sutera Laut Abad ke-21". Mereka menganggap inisiatif itu mencerminkan pandangan jauh terhadap hubungan China-ASEAN, berfaedah kepada pembangunan dan kewujudan kemakmuran bersama negara-negara di rantau ini bahkan akan terus memperkukuh kedamaian dan kestabilan serantau. Dengan hal itu, Thailand menganggap bahawa anjuran itu bukan sahaja satu konsep, ia melibatkan banyak projek kerjasama yang konkrit yang dialu-alukan ASEAN termasuk pembinaan jaringan kerjasama bandar pelabuhan China-ASEAN, meningkatkan keselamatan maritim dan mengatasi bencana maritim bersama-sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China