Cari:
Pembangunan China Bermanfaat bagi ASEAN
2014-05-05 13:07:08 Harian Renmin Ribao Cetak

Pengarah Pembangunan Hal-Ehwal Komuniti Sekretariat ASEAN, Danny Chian Siong Lee menerbitkan rencana yang bertajuk "Pembangunan China Bermanfaat bagi ASEAN" dalam akhbar Renmin Ribao hari ini. Rencana itu menyebut, pembangunan China merupakan hal yang baik bagi negara anggota ASEAN. Kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sosiobudaya memberi manfaat besar kepada populasi yang berjumlah hampir 2 bilion di China dan rantau ASEAN.

Chian Siong Lee berpendapat, gagasan membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 yang dikemukakan oleh pemimpin China amat bijaksana.

Pembinaan laluan tersebut membawa makna yang amat besar. Berikutan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang semakin mendalam antara China dan ASEAN, sasaran untuk mewujudkan jumlah perdagangan bilateral sebanyak USD 500 bilion menjelang tahun 2015 yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dijangka akan direalisasikan lebih awal. Kini, China dan ASEAN komited dalam usaha menaiktarafkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) bagi memperdalam kerjasama bilateral dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Penaiktarafan CAFTA bakal memacu pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau ini.

Pembinaan laluan itu juga bermakna kerjasama pelancongan antara China dan negara-negara ASEAN akan diperkasakan. Negara-negara Asia Tenggara amat kaya dengan sumber pelancongan, dan telah menjadi destinasi yang paling digemari pelancong China. Pada masa depan, pelbagai program pelancongan termasuk pelancongan pelayaran, pelancongan marin dan pelancongan bebas akan diteroka. Pertambahan jumlah pelancong akan turut meningkatkan tahap pertukaran antara rakyat China dan ASEAN.

Tahun 2014 merupakan tahun pertukaran kebudayaan China-ASEAN. Kedua-dua pihak akan mengadakan beberapa aktiviti secara besar-besaran pada tahun ini. Sebelum ini, program pertukaran kebudayaan antara kedua-dua pihak terutamanya diadakan di provinsi dan wilayah yang terletak berhampiran dengan Asia Tenggara, termasuk wilayah Guangxi. Kini, program seumpama itu telah diperluas ke kawasan pedalaman serta tempat-tempat yang dianggap tempat lahir kebudayaan bangsa Cina. Ini menandakan pertukaran kebudayaan kedua-dua pihak telah mencapai tahap yang lebih tinggi. Baru-baru ini, penyertaan penyanyi Malaysia, Shila Amzah dalam pertandingan "I am a Singer" anjuran Stesen Televisyen Hunan telah menjadi tumpuan penonton China. Ini juga merupakan contoh yang baik bagi pertukaran kebudayaan dalam kalangan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China