Cari:
Kaedah Pelaksanaan Peta Garisan Kerjasama Kawasan Pan-Teluk Beibu Semakin Jelas
2014-05-16 13:39:55 CRI Cetak

Seiring dengan peningkatan kerjasama ekonomi dan pertukaran lawatan rakyat antara China dengan negara-negara ASEAN, peta garisan kerjasama kawasan Pan-Teluk Beibu semakin disempurnakan, dan kaedah pelaksanaannya juga semakin jelas sehari demi sehari. Dalam Forum Kerjasama Ekonomi Pan-Teluk Beibu ke-8 yang diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam, pegawai, pakar dan sarjana dari China dan negara kawasan Pan-Teluk Beibu masing-masing mengeluarkan padangan dan cadangan mengenai peta garisan kerjasama di kawasan berkenaan.

Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Rakyat China, Jiang Zhenghua menyatakan bahawa mengintensifkan dan meningkatkan kerjasama kawasan Pan-Teluk Beibu merupakan keperluan yang mendesak bagi usaha menaiktarafkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), dan juga selaras dengan kerjasama membina Jalan Sutera Maritim Abad ke-21. China bersedia terus menggalakkan perkongsian strategik China-ASEAN dan menyediakan peluang pembangunan kepada usaha melanjutkan kerjasama kawasan Pan-Teluk Beibu.

Kawasan kerjasama ekonomi Pan-Teluk Beibu merangkumi China, Vietnam, Filipina, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. Pada Januari yang lalu, sidang pegawai kanan kerjasama Pan-Teluk Beibu membincangkan dan meluluskan Peta Garisan Kerjasama Ekonomi Kawasan Pan-Teluk Beibu, yang secara rasminya menandakan kerjasama tersebut menjadi kerjasama sub-kawasan di bawah rangka China-ASEAN (10+1).

Sehubungan itu, Naib Menteri Perdagangan China, Gao Yan menyatakan bahawa seterusnya pelbagai pihak yang terlibat dalam kerjasama kawasan Pan-Teluk Beibu akan mengutamakan kerjasama dalam bidang logistik di pelabuhan dan sektor kewangan, seperti yang ditetapkan dalam peta garisan kerjasama tersebut. Antaranya termasuk merancang dan melaksanakan dengan cepat projek-projek kerjasama yang melibatkan pembinaan tapak logistik di pelabuhan dan laluan pelayaran, pangkalan pemprosesan di pelabuhan dan pangkalan perikanan supaya kerjasama itu berhasil dengan secepat mungkin.

Selain itu, kaedah bagi melaksanakan kerjasama sektor kewangan kawasan Pan-Teluk Beibu juga semakin jelas. Pengerusi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China, Chen Wu menganggap bahawa pelbagai pihak perlu menggemblengkan sumber kewangan, meningkatkan pertukaran lawatan dan kerjasama kewangan, menjalankan inovasi urusan kewangan transnasional, berusaha meneroka saluran pertukaran mata wang RMB bagi projek modal RMB untuk memudahkan pelaburan, serta membina sistem kewangan moden yang terbuka yang selaras dengan pembinaan jalan sutera maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China