Cari:
Tentera Pegang Kuasa Pemerintahan Thailand
2014-05-28 14:56:14 CRI Cetak

Panglima Tentera Darat Thailand, Prayuth Chan-ocha kelmarin telah mengumumkan titah raja Thailand yang menyebut pelantikan beliau oleh baginda sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemeliharaan Order Damai Kebangsaan. Prayuth turut menyatakan bahawa jawatankuasa itu mempunyai kuasa yang menyeluruh untuk mentadbir negara.

Pemerhati menyedari bahawa Prayuth telah melantik dirinya sendiri sebagai "pemangku Perdana Menteri" selepas berlakunya peralihan kuasa, namun ini tidak disebut dalam titah raja Thailand tersebut. Menurut undang-undang Thailand, Perdana Menteri mesti dilantik oleh raja, manakala jawatan pengerusi pelbagai jawatankuasa tidak semestinya begitu. Walau bagaimanapun, titah baginda tersebut menandakan tentera Thailand kini mentadbir negara dengan menyeluruh.

Sejak rampasan kuasa berlaku pada 22 Mei lalu, tentera Thailand telah mengawal semua jabatan kerajaan, menukar semua menteri dan membubarkan Dewan Senat. Selain itu, pemimpin di Jabatan Am Polis juga telah digantikan. Mereka turut mengumumkan bahawa tribunal ketenteraan akan menjalankan perbicaraan terhadap pihak yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh Jawatankuasa Pemeliharaan Order Damai Kebangsaan dan kes-kes jenayah lain. Dengan ini, tentera Thai telah mengambil alih ketiga-tiga cabang kuasa negara, iaitu pentadbiran, perundangan dan kehakiman.

Untuk memastikan kestabilan situasi Thailand pasca rampasan kuasa, pihak tentera telah melaksanakan perintah berkurung dan juga memperhebat kawalan terhadap badan media. Semua stesen radio dan televisyen diarah menghentikan siaran yang normal, manakala surat khabar dan media dalam internet perlu menjalani pemeriksaan yang ketat.

Sebagai langkah yang penting untuk memelihara keamanan negara, pihak tentera telah menyoal siasat dan menahan lebih 200 orang bekas pegawai kerajaan, ahli politik, juruulas dan sarjana. Sekarang, lebih 30 daripada mereka termasuk bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan pemimpin Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva telah dibebaskan.

Di bawah pemerintahan yang tegas itu, situasi di Thailand nampaknya tenang. Walaupun masih ada protes berlaku di Bangkok, tetapi skalanya amat kecil. Pada masa ini, pihak tentera Thailand belum mengambil tindakan terhadap protes tersebut, dan tiada konflik yang tercetus.

Selepas mengambil alih kuasa pemerintahan, kaedah mentadbir sosioekonomi dengan berkesan merupakan isu utama yang dihadapi pihak tentera Thailand.

Ketua Institut Strategi dan Hubungan Antarabangsa Universiti Chulalongkorn Thailand telah menyatakan kebimbangannya terhadap situasi negaranya pada masa depan. Beliau menganggap bahawa untuk mendapatkan sokongan rakyat dan memenangi lebih banyak undi, pihak tentera ataupun parti politik yang memerintah pada masa depan mungkin akan terus mengekalkan dasar-dasar yang dianjurkan oleh Parti Pheu Thai yang memberi manfaat kepada rakyat, bahkan mereka mungkin memperkenalkan lebih banyak dasar seumpama ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China