Jawatankuasa Hal-Ehwal Luar Dewan Perwakilan Jepun semalam meluluskan resolusi yang mengecam China mengenai isu Laut China Selatan. Resolusi ini memutarbelitkan fakta dan pengetahuan umum, mengecam operasi normal China di Kepulauan Xisha menegangkan situasi Laut China Selatan. Sebelum ini, ramai pegawai kanan Jepun, termasuk Perdana Menteri Shinzo Abe dan Ketua Setiausaha Kabinet Suga Yoshihide turut mengeluarkan falasi seumpama ini. Merujuk kenyataan tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China menunjukkan bahawa pemimpin Jepun mempunyai tujuan yang tersembunyi.
Tinggalan bangunan ketenteraan Jepun di Kepulauan Xisha
Seperti diketahui umum, Jepun tidak terbabit secara langsung dalam isu Laut China Selatan. Dari perspektif sejarah, Jepun sama sekali tidak berkelayakan untuk campur tangan dalam hal ehwal di Laut China Selatan. Lagi pula negara itu pernah menduduki Kepulauan Xisha China dalam Perang Dunia II. Setelah Jepun menyerah diri pada tahun 1945, berdasarkan siri dokumen antarabangsa termasuk "Pengumuman Potsdam", kedaulatan China di Kepulauan Xisha dipulihkan, dan Jepun tidak membantah keputusan ini.
Sikap kerajaan Shinzo Abe dalam isu Laut China sama sekali bukan hanya melanggar tatatertib antarabangsa pasca Perang Dunia II, bahkan telah mengetepikan penghormatan terhadap sejarah dan rasa malu terhadap pencerobohan. Jika Jepun masih ada sedikit rasa malu, negara itu mesti menyokong pendirian China berkaitan Kepulauan Xisha, kerana "harta yang dicuri" mesti dipulangkan kepada tuannya.
Ahli antropologi A.S., Benedict dalam buku klasiknya "Bunga Kekwa dan Pedang" yang memperkenalkan masyarakat Jepun, telah merumuskan budaya Jepun sebagai "budaya malu". Sayang sekali, kerajaan Abe sudah lupa apa yang dikatakan "malu" dalam isu Laut China Selatan, Laut Timur China, hamba seks dan pelbagai masalah sejarah yang lain. China memohon bahan sejarah mengenai pembunuhan besar-besaran Nanjing dan hamba seks dalam Perang Dunia II diiktiraf sebagai "Warisan Kenangan Dunia" baru-baru ini. Tidak disangka, Ketua Setiausaha Kabinet Suga Yoshihide semalam mengeluarkan bantahan dan menuntut China menarik balik permohonan tersebut.
Pembunuhan besar-besaran tentera Jepun di Nanjing
Mengenang kembali sejarah Jepun, sejak mencetuskan perang dengan China dan Rusia pada 100 tahun yang lalu, Jepun turut mencerobohi China dan menyerang Pelabuhan Mutiara A.S.. Hingga sekarang, Jepun tidak menimba pengalaman dari sejarah, sebaliknya berusaha "memulihkan Jepun yang kuat", menjadikan Jepun sebuah negara "normal". Campur tangan Jepun di Laut China Selatan serta sokongan terhadap beberapa negara dalam isu berkenaan telah memperlihatkan niat jahatnya untuk mencetuskan pergolakan di dunia.