Cari:
China Bantah Tuduhan Tidak Berasas dari Vietnam dan Filipina
2014-06-14 14:42:16 CRI Cetak

Dalam Persidangan Pemeterai "Konvesyen PBB mengenai Undang-undang Laut" ke-24 yang diadakan di Ibu Pejabat PBB di New York semalam, Naib wakil tetap China di PBB, Wang Min membantah tuduhan Vietnam dan Filipina yang tidak berasas mengenai isu Laut China Selatan dan menjelaskan fakta kepada para peserta.

Wang Min berkara, Kepulauan Xisha merupakan wilayah China dan kerajaan China melaksanakan pentadbiran berkesan di sana, ini tidak dapat dipertikaikan. Sebelum tahun 1974, kerajan Vietnam secara rasmi mengiktiraf Kepulauan Xisha merupakan wilayah China sejak purba kala. Namun, kerajaan Vietnam kini melanggar janji sendiri dan mengemukakan tuntuan bertindih kepada Kepulauan Xisha. Tindakan tidak melanggar janji merupakan prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa. Kenyataan hari ini dinafikan esok hari sahaja. Sikap Vietnam tersebut mana mungkin meyakinkan masyarakat antarabangsa?

Wang Min juga menegaskan pertikaian antara China dengan Filipina berasal daripada pencerobohan Filipina terhadap beberapa pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha China. Filipina menggalakkan timbang tara bertujuan "mengesahkan" pencerobohan dan provokasinya serta meminta sokongan dan simpati daripada masyarakat antarabangsa. Berdasarkan "Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut", kerajaan China telah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2006 bahawa China menolak resolusi penyelesaian yang memaksa mengenai pertikaian sempadan latu dan kedaulatan wilayah. Ini hak China sebagai sebuah negara berdaulat berdasarkan undang-undang antarabangsa. China berasas undang-undang antarabangsa yang kukuh untuk menolak timbang tara yang dikemukakan oleh Filipina, pendiri ini tidak akan berubah.

Wang Min menegaskan, China memuji usaha kebanyakan negara ASEAN untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau. China bersedia berusaha bersama-sama negara-negara ASEAN, mengekalkan semangat "Deklarasi Tata Laku Pelbagai Pihak di Laut China Selatan", menggalakkan kerjasama pragmatik, meningkatkan rasa saling mempercayai dan bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China