Cari:
Pertukaran Kebudayaan Galak Kerjasama China-ASEAN
2014-07-14 15:29:44 CRI Cetak

Timbalan Setiausaha Agung ASEAN atas hal ehwal sosial-budaya, Alicia Dela Rosa Bala berkata, pertukaran kebudayaan berperanan penting bagi memperhebat pemahaman mengenai agama, sejarah dan peradaban antara China dan ASEAN.

Menurut Alicia Dela Rosa Bala, beberapa tahun kebelakangan ini, China dan ASEAN mencapai kemajuan besar dalam bidang pertukaran kebudayaan. Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Kerjasama Kebudayaan yang ditandatangani kedua-dua pihak pada Ogos 2005 disifatkan sebagai sebuah batu tanda. Dokumen itu bukan sahaja menandakan kerjasama kebudayaan ditingkatkan ke tahap yang pragmatik, tetapi juga merupakan dokumen rasmi pertama yang ditandatangani China dengan sebuah pertubuhan serantau mengenai kerjasama berkenaan.

Interaksi kebudayaan berperanan penting untuk memperkasakan kerjasama kedua-dua pihak, termasuk Pesta Kesenian ASEAN yang dianjurkan oleh Thailand, Pesta Kesenian Asia, Forum Industri Kebudayaan China-ASEAN dan Kem Belia China-ASEAN anjuran Kementerian Kebudayaan China. Selain itu, dalam Mesyuarat Menteri Kebudayaan China-ASEAN (10+1) ke-2 yang diadakan di Hue, Vietnam, kedua-dua pihak menandatangani dokumen strategik jangka sederhana, iaitu Pelan Tindakan Kerjasama Kebudayaan China-ASEAN (2014 hingga 2018) yang melibatkan kerjasama industri kebudayaan, perlindungan terhadap tapak peninggalan sejarah, kerjasama perpustakaan, dan perkhidmatan kebudayaan awam.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-16 pada Oktober 2013, tahun 2014 telah ditetapkan sebagai Tahun Pertukaran Kebudayaan China-ASEAN. Kempen tersebut bakal mendorong pertukaran dan kerjasama serta mempertingkat persefahaman dan persahabatan antara satu sama lain. ASEAN mengalu-alukan beberapa banyak cadangan yang dikemukakan dalam kenyataan bersama tersebut, dan telah pun melaksanakan sebahagian daripadanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China