Cari:
Singapura Berharap China, AS Jalinkan Hubungan Baik
2014-07-18 13:56:17 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata semalam, China dan Amerika Syarikat (AS) mempunyai perselisihan pendapat namun masih ada kepentingan bersama, maka kedua-duanya mempunyai motivasi untuk mengekalkan hubungan bilateral yang baik. Negara lain termasuk Singapura berharap menyaksikan hubungan baik itu dan dapat menjadi sahabat bagi kedua-dua negara gergasi tersebut.

Dalam jamuan malam Forum Global "Future China" Singapura, Lee Hsien Loong berkata, kebangkitan China adalah perubahan yang amat besar, kerana 1.3 bilion orang miskin berubah menjadi kelas pertengahan dalam masa satu generasi lebih. Kebangkitan China secara stabil adalah perkara yang tidak mudah bagi order antarabangsa, kerana ia turut membawa perubahan dalam hubungan ekonomi dan kuasa negara gergasi.

Walaupun China dan AS mempunyai beberapa banyak perselisihan pendapat bahkan pertikaian kerana masing-masing perlu memelihara kepentingan sendiri, namun kedua-dua negara juga mempunyai kepentingan bersama. Meskipun kepentingan bersama tidak semestinya mengatasi perselisihan, tetapi ini sekurang-kurangnya membuktikan kedua-dua pihak mempunyai motivasi untuk mengekalkan hubungan bilateral yang bersahabat.

Tambah Lee Hsien Loong, China dan AS perlu mengekalkan interaksi yang baik, dan saling bekerjasama, bukan saling menggantikan pihak lain untuk memainkan peranan dalam arena antarabangsa. Selain itu, negara ketiga tidak ditekankan menyebelahi mana-mana pihak. Inilah sebabnya China dan AS kurang selesa dengan konsep Kumpulan Dua (G2) yang pernah disarankan. Hubungan baik antara kedua-dua negara gergasi itu turut dapat melahirkan hubungan baik antara negara lain dengan China dan AS. 

Forum Global "Future China" yang selama dua hari dianjurkan oleh pertubuhan "Business China" Singapura bagi mempromosi perdagangan dan pertukaran. Delegasi Forum Asia Boao yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Besar, Zeng Peiyan menyertai forum tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China