Cari:
PM Malaysia Bertolak ke Belanda
2014-07-30 11:29:01 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bertolak ke Belanda hari ini untuk bertemu dengan rakan sejawatnya, Mark Rutte di Hague bagi membincangkan perkara berkaitan berhubung nahas pesawat MH17.

Kedua-dua pemimpin itu akan berbincang mengenai usaha mempercepat proses mengenal pasti identiti mayat mangsa.

Ketika bertemu dengan keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dan MH17 sempena sambutan hari raya Aidilfitri, Najib turut memberi kata-kata semangat kepada mereka dalam mengharungi detik-detik sukar ini. Beliau berjanji kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk membawa balik jenazah mangsa dalam tempoh terdekat.

Menteri Kesihatan Malaysia dilaporkan juga akan mengetuai satu pasukan pakar yang terdiri daripada wakil Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, anggota polis dan Jabatan Kimia ke Belanda untuk membantu dalam proses mengenal pasti identiti mayat agar mayat mangsa MH17 dapat dibawa balik ke Malaysia seawal mungkin.

Dimaklumkan, Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan bertolak ke Kiev, ibu negara Ukraine untuk menjalankan siasatan nahas MH17.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China