Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean melawat ke Chongqing pada 30 hingga 31 Julai lalu untuk meninjau dan mendengar laporan rancangan pembinaan Taman Perindustrian China-Singapura dari kerajaan tempatan. Program kerjasama ini dikemukakan ketika mesyuarat Majlis Bersama China-Singapura pada tahun 2013. Beberapa tahun kebelakangan ini, Singapura dan Chongqing mengadakan pertukaran erat dalam bidang perdagangan dan kakitangan.