Cari:
Siri Mesyuarat Menteri Luar Asia Timur di Myanmar
2014-08-12 15:01:43 CRI Cetak

Siri Mesyuarat Menteri Luar Kerjasama Asia Timur diadakan di Nay Pyi Daw, Myanmar pada 9 hingga 10 Ogos lalu. Mesyuarat tersebut dianggap akan terus mendorong kerjasama pragmatik China-ASEAN, mempamerkan kemampuan dan kebijakan kedua-dua pihak menangani isu Laut China Selatan, menggalakkan kerjasama Asia Timur secara berperingkat-peringkat.

Siri Mesyuarat Menteri Luar Asia Timur yang merangkumi Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN, Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-China, Jepun dan Republik Korea, Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur, Mesyuarat Menteri Luar Forum Serantau ASEAN bertujuan untuk membuat persiapan bagi Siri Mesyuarat Pemimpin Asia Timur pada tahun ini.

Menyentuh hubungan China-ASEAN, China mengemukakan 12 inisiatif dari tiga aspek untuk melaksanakan "Kerangka Kerjasama 2+7" yang dicadangkan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika beliau melawat ASEAN pada Oktober tahun lalu. Butiran tersebut meliputi usaha mendorong "Perjanjian Kerjasama Kejiranan China-ASEAN" dan protokol "Perjanjian Asia Tenggara Bebas daripada Senjata Nuklear" ditandatangani secepat mungkin, mempercepat rundingan bagi menaiktaraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), membangun jalan sutera maritim pada abad ke-21 dan menubuhkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia secepat mungkin.

Berhubung isu Laut China Selatan, Menteri Luar China, Wang Yi mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan isu tersebut, iaitu pertikaian berkenaan diselesaikan pihak-pihak terbabit menerusi rundingan, manakala keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dipelihara bersama oleh China dan ASEAN.

Tentang kerjasama Asia Timur, pakar berkenaan berpendapat, ekonomi serantau menghadapi tekanan kemelesetan dan risiko kewangan antarabangsa. Kerjasama Aia Timur perlu mengutamakan pembangunan ekonomi dan pembaikan hidup rakyat. Pelbagai negara perlu memperhebat kerjasama dalam bidang kewangan, kesalinghubungan, ekonomi dan perdagangan, pengendalian dan pencegahan bencana, keselamatan tenaga dan bijirin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China