Cari:
"Pemikiran Dwitrek" bagi Penyelesaian Isu Laut China Selatan Amat Bermakna
2014-08-13 14:58:04 CRI Cetak

Dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Luar China-ASEAN pada 9 Ogos lalu, Menteri Luar China, Wang Yi berkata, China mencadangkan "pemikiran dwitrek", iaitu pertikaian berkenaan diselesaikan oleh pihak-pihak terbabit secara damai menerusi rundingan, manakala keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dipelihara bersama-sama oleh China dan ASEAN.

Ketua Pengarah Institut Pengajian Laut China Selatan, Wu Shicun berkata, pemikiran tersebut mempamerkan inisiatif China menangani hal ehwal berkenaan. Ia memberi respons yang jelas dan konkrit terhadap kepulauan, terumbu dan selat yang dipertikaikan serta keamanan dan kestabilan yang menjadi perhatian.

"Pada hakikatnya, isu Laut China Selatan melibatkan dua masalah, iaitu pertikaian dan keamanan perairan laut berkenaan. China dan negara terbabit menyelesaikan pertikaian melalui rundingan. China dan ASEAN yang menjalin hubungan aman dan stabil bertanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan perairan itu. ASEAN sebagai sebuah pertubuhan serantau dan bukannya sebuah negara, tidak layak untuk bertikai dengan China, namun isu tersebut bersangkut paut dengan kepentingan seluruh ASEAN dan pembangunan integrasi ASEAN, maka China dan ASEAN hanya dapat membincangkan keamanan dan kestabilan."

Wu Shicun juga berkata, pemikiran tersebut dapat mengelakkan campur tangan kuasa luar.

Naib Pengarah Bahagian Asia Selatan dan Tenggara Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China, Zhang Xuegang berpendapat, pemikiran itu memperlihatkan kerajaan China yang bersikap inklusif terhadap negara jiran.

"Pemikiran itu mempamerkan keikhlasan China untuk mendekati, meyakinkan, memberi manfaat dan mencipta suasana harmoni dengan negara jiran. Berdasarkan keikhlasan inilah, perdamaian, keterbukaan dan kerjasama dapat terus diperhebat."

Berdasarkan keikhlasan itu, "pemikiran dwitrek" menekankan dua kaedah yang membantu penyelesaian masalah secara bilateral dan juga mengambil kira keprihatinan pelbagai hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China