Cari:
ASEAN dan China Berganding Bahu
2014-08-14 15:06:38 CRI Cetak

Ketua penyunting Asian Daily Thailand menerbitkan rencana yang bertajuk "ASEAN dan China Berganding Bahu" dalam akhbar Renminribao China hari ini.

Menurut rencana itu, Siri Mesyuarat Menteri Luar Kerjasama Asia Timur berakhir di Nay Pyi Daw, Myanmar pada 10 Ogos lalu. Pemerhati gembira melihat ASEAN dan China mempamerkan rangka tindakan bagi memperhebat kerjasama menyeluruh dan merealisasikan pembangunan bersama dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

Tiga inisiatif yang dikemukakan China bagi mendorong perkembangan hubungan bilateral disambut baik dan menjadikan kerjasama yang tulus ikhlas dan persahabatan yang mendalam tema mesyuarat kali ini. Semangat kejiranan dan pembangunan bersama jauh lebih menyerlah daripada bising-bising yang sengaja dibuat mengenai isu Laut China Selatan .

ASEAN dan China telah menjalin hubungan rakan strategik pada lebih 10 tahun yang lalu. China merupakan negara pertama yang memeterai "Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN" dan menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas dengan pertubuhan serantau tersebut. Mekanisme "10+1" mendahului "10+2", "10+3" dan kerjasama Asia Timur.

Pembangunan China disifatkan peluang penting bagi ASEAN. ASEAN amat mementingkan pembangunan damai dan tidak memandang China sebagai ancaman. Manakala, China pula menganggap ASEAN jiran yang diberi keutamaan dalam dasar luar berkenaan.

Sama seperti pertikaian sesama manusia, pertikaian antara negara juga tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, isu Laut China Selatan tidak melibatkan hubungan China-ASEAN. Pihak terbabit sepatutnya mencari penyelesaian damai menerusi rundingan dengan merujuk Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak yang Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC). Negara lain yang ingin mencampur tangan tidak membantu penyelesaian berkenaan. Oleh sebab itulah, cadangan yang diusulkan Amerika Syarikat (AS) untuk membekukan tindakan di Laut China Selatan tidak dibahas dan diketepikan dalam siri mesyuarat tersebut.

ASEAN dan China akan terus berganding bahu dalam usaha memelihara keamanan serantau dan mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China