Cari:
Ahli Akademik Bincangkan Isu Laut China Selatan
2014-08-15 15:12:29 CRI Cetak

Seminar antarabangsa ke-2 bagi melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) diadakan di Haikou, provinsi Hainan, China semalam. Seramai lebih 40 orang pegawai maritim dan pakar dari China, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Taiwan menghadiri seminar anjuran Institut Pengajian Laut China Selatan ini. Para hadirin membincangkan kaedah memperhebat kerjasama berkenaan dengan latar belakang situasi semasa di perairan berkenaan yang semakin meruncing.

Dalam tempoh dua hari, para peserta telah berbincang dengan mendalam mengenai "pemeliharaan sumber biologi: masalah, cabaran dan amalan", "pemeliharaan kepelbagaian biologi laut: pengalaman dan pengamalan antarabangsa", "penubuhan mekanisme pemeliharaan alam sekitar dan kerjasama", "pembentukan mekanisme membanteras jenayah maritim", "pelaksanaan DOC: keadaan dan kesukaran" serta "hubungan China-ASEAN dalam isu Laut China Selatan".

Kebelakangan ini, persekitaran biologi di Laut China Selatan menarik perhatian yang meluas. Walaupun China dan Singapura berusaha memelihara alam sekitar, namun persekitaran di perairan laut berkenaan terus memburuk akibat kurangnya koordinasi antara usaha pemeliharaan pelbagai negara.

Pembangunan ekonomi dan peningkatan populasi negara berhampiran Laut China Selatan mengakibatkan timbulnya ancaman yang serius terhadap alam sekitar. Kemusnahan habitat hidupan laut bukan sahaja mengakibatkan pengurangan pengeluaran perikanan, tetapi juga mempengaruhi penerokaan berterusan terhadap sumber tenaga. Usaha pemeliharaan amat memerlukan mekanisme kerjasama yang dapat mengkoordinasikan negara-negara berhampiran.

Meskipun sebahagian persatuan masyarakat dan pertubuhan pengajian sedang merintis kerjasama dalam usaha membantu dan menyelamatkan hidupan laut, namun keberkesanan dan peranan berkenaan terjejas akibat kekurangan jaminan kewangan. Negara terbabit seharusnya menubuhkan tabung secepat mungkin bagi meningkatkan persepakatan dan menormalkan pelbagai tindakan pemeliharaan.

Keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan berkait rapat dengan kemakmuran dan pembangunan serantau bahkan sejagat. Pelbagai negara sepatutnya memanfaatkan sepenuhnya peluang berdialog bagi memperkasakan keinginan bekerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China