Cari:
Singapura, Indonesia Meterai Perjanjian Sempadan Laut
2014-09-05 13:06:48 CRI Cetak

Singapura dan Indonesia kelmarin menandatangani perjanjian sempadan laut bagi bahagian timur Selat Singapura. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Menteri Luar Singapura, Shanmugam dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Marty Natalegawa. Majlis penandatangan berkenaan disaksikan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Pewujudan perjanjian ini bukan senang, jabatan berkenaan kedua-dua negara telah mengadakan mesyuarat sebanyak lebih 10 kali bermula tahun 2011 hingga tahun ini. Sebelum ini, kedua-dua negara telah memeterai perjanjian sempadan laut bagi bahagian barat Selat Singapura pada tahun 2009. Garisan sempadan laut kedua-dua negara yang ditetapkan kali ini terletak di kawasan perairan antara pulau Batam Indonesia dengan Changi Singapura. Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menjelaskan bahawa rundingan antara kedua-dua negara dan perjanjian yang dicapai itu mematuhi Konvensyen PBB Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982. Rundingan kedua-dua negara itu dijalankan dalam suasana muhibah di samping mempertimbangkan sepenuhnya kepentingan asas kedua-dua pihak.

Pulau Sumatra Indonesia berjiran Singapura dengan menyeberangi laut. Singapura bukan sahaja negara yang paling dekat dengan Indonesia tetapi juga adalah sumber pelaburan yang paling besar bagi Indonesia. Oleh sebab itulah, memandang dari segi geopolitik, mengembangkan hubungan dengan Singapura sentiasa diutamakan dalam dasar luar Indonesia. Serentak itu, Singapura telah memberikan bantuan yang amat besar kepada Indonesia dalam bidang perubatan, pendidikan, pertahanan dan pengurusan ekologi. Dalam bidang perdagangan, jumlah perdagangan kedua-dua negara pada tahun 2013 mencecah USD 42.3 bilion, antaranya jumlah eksport Indonesia ke Singapura mencatat USD 16.7 bilion, manakala jumlah import dari Singapura adalah USD 25.6 bilion. Selain itu, pelancong dari Singapura ke Indonesia pada tahun 2013 mencapai 1.38 juta orang, manakala pelancong Indonesia ke Singapura mencatat 3.1 juta orang. Pada masa yang sama, jumlah pelajar Indonesia ke Singapura telah melebihi 24 ribu orang.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono telah mengadakan lawatan ke Singapura pada 2 hingga 4 September lalu. Beliau menyatakan bahawa perjanjian sempadan laut yang dicapai kedua-dua negara tentu akan menggalakkan perkembangan hubungan bilateral dan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk meningkatkan pengawalan sempadan antara kedua-dua negara.

Bukan senang bagi Indonesia dan Singapura dapat mencapai perjanjian tersebut, sebenarnya pergeseran kecil antara kedua-dua negara itu sering berlaku, namun rundingan mengenai perjanjian garisan sempadan laut tidak terganggu. Kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan dengan sikap yang rasional supaya perjanjian itu akhirnya dimeterai. Kaedah menyelesaikan perselisihan wilayah tanah dan laut itu boleh dicontohi negara lain, terutamanya pada masa isu Laut China Selatan yang semakin menonjol.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China