Cari:
China, ASEAN Galakkan Persefahaman Menerusi Laman Berita
2014-09-09 15:09:00 CRI Cetak

Jabatan Penerangan Kementerian Luar China mengadakan dialog bersama penanggungjawab pelbagai laman web berita utama di China dan negara ASEAN pada minggu lepas. Delegasi ASEAN yang terdiri daripada lebih 30 perserta yang diketuai oleh penyunting utama laman web Liaohe Zaobao Singapura menyertai dialog tersebut.

Para peserta membincangkan kaedah melaksanakan penghubungan awam menerusi internet bagi menggalakkan persefahaman yang lebih mendalam di kalangan masyarakat antara satu sama lain. Selain itu, para hadirin juga bersepakat berkongsi kandungan laman web berita dan pengalaman menangani cabaran media sosial, serta mengakui bahawa media bertanggungjawab "membuat liputan damai" secara objektif terhadap pembangunan damai China-ASEAN.

Berhubung unsur positif dan masalah yang wujud dalam laman web berita China dan negara ASEAN, Dekan Fakulti Kewartawanan Universiti Komunikasi China (CUC), Liu Chang berkata, media sepatutnya mengamalkan konsep liputan yang bersifat membina supaya menyebarkan tenaga yang positif. Media seharusnya mendukung konsep "liputan damai" dan meringkaskan pergolakan dan konflik.

Anjuran tersebut disambut baik para peserta. Dalam keadaan tertentu, laman web berita biasanya menerbitkan khabar negatif bagi menarik perhatian pelayar dengan tujuan mendapat keuntungan. Tambahan pula, media internet khuatir disyaki menyebarkan propaganda sekiranya sering menerbitkan laporan positif. Memandangkan keadaan ini, China dan ASEAN disarankan membuka sebuah laman berita bersama agar video dan laporan dapat dikongsi, supaya suasana pendapat umum yang baik dibina antara satu sama lain.

Kini, media internet tradisional China menghadapi impak dari media sosial seperti Weibo dan Wechat. Keadaan yang serupa juga berlaku di negara ASEAN. Seiring dengan pengaruh media sosial yang semakin meningkat, pengetahuan sebahagian pelayar internet mungkin membentuk pendapat umum dalam peristiwa darurat dan mempengaruhi hubungan negara.

Ketua Penyunting laman sesawang Sina, Chen Tong memperkenalkan sejarah dan pengaruh Weibo. Menurut beliau, pelayar internet China amat memerlukan maklumat mengenai masyarakat antarabangsa, kebudayaan dan pelancongan. Media ASEAN dapat menggunakan wahana Weibo untuk menyampaikan maklumat mengenai ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China