Cari:
126 Syarikat Malaysia Sertai CAEXPO ke-11
2014-09-17 16:48:12 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN dirasmikan di Nanning, Guangxi China semalam. Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia, Lee Chee Leong menghadiri majlis perasmian itu. Difahamkan, sebanyak 126 syarikat Malaysia menyertai ekspo kali ini.

Konsul Perdagangan Konsulat Malaysia ke Guangzhou, Suresh Kumar memberitahu wartawan, syarikat Malaysia yang menyertai ekspo kali ini meliputi industri makanan, perkhidmatan dan francais dengan saiz ruangan pameran yang luas. Syarikat Malaysia berharap dapat memperoleh peluang lebih banyak di China. Beliau yakin delegasi Malaysia pasti akan mendapat faedah yang lumayan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China