Baru-baru ini, Bank Pertanian China buat pertama kali mengumumkan "indeks kadar tukaran RMB dengan mata wang negara ASEAN" dan "indeks VND Bank Pertanian China" serta mengadakan majlis pelancaran perkhidmatan tukaran RMB dengan mata wang 9 buah negara anggota ASEAN. Dengan ini, bank tersebut menjadi agensi kewangan perbankan yang pertama untuk membuat dan mengumumkan indeks berkenaan tentang mata wang negara ASEAN.