Cari:
Cadangan Pembinaan Pelabuhan Informasi China-ASEAN Disambut Baik
2014-10-08 12:52:07 CRI Cetak

Forum Ruang Siber China-ASEAN pertama telah diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada bulan lalu. Ketua Pengarah Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC), Lu Wei dalam forum tersebut telah mencadangkan penubuhan pelabuhan informasi China-ASEAN. Menurut beliau, ini bukan sahaja bermanfaat untuk meningkatkan tahap penggunaan teknologi maklumat di ASEAN, mengurangkan bahkan menghapuskan jurang perbezaan digital antara negara ASEAN, malah kondusif kepada pembangunan kesalinghubungan antara China dengan ASEAN sehingga mewujudkan "Laluan Sutera Informasi" baharu. Cadangan tersebut mendapat sambutan baik daripada wakil-wakil negara ASEAN.

Pembinaan pelabuhan informasi China-ASEAN merupakan projek gergasi yang merangkumi pembinaan wahana infrastruktur, kerjasama teknikal, perkhidmatan ekonomi dan perdagangan, perkongsian maklumat dan interaksi sosiobudaya.

ASEAN memiliki penduduk seramai 600 juta termasuk 200 juta pengguna internet. Seiring dengan proses perkembangan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), kesalinghubungan antara ASEAN dengan China menjadi semakin mustahak. Namun taraf pembangunan sepuluh negara anggota ASEAN tidak seimbang.

Ambil Laos sebagai contoh. Tahap penggunaan internet di negara itu agak rendah, dengan jumlah pengguna internetnya pada tahun lalu hanya menduduki 17% daripada jumlah seluruh populasiya. Maka, talian penghantaran informasi yang lebih sempurna perlu dibangunkan supaya Laos dapat mengejar tahap kemajuan internet negara ASEAN yang lebih maju.

Myanmar pula telah melaksanakan undang-undang perkhidmatan telekomunikasi pada Oktober 2008. Wakil dari Myanmar menyatakan bahawa negaranya yang mempunyai kedudukan strategik di rantau ASEAN mengekalkan hubungan rapat dengan China. Myanmar berharap mendapat faedah dalam kerjasama pada masa depan dan mengurangkan jurang digital dengan negara lain.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa kemajuan teknologi internet turut menyebabkan bercambahnya jenayah siber. Kata wakil dari Malaysia, jenayah siber semakin banyak berlaku di Malaysia, jadi semua negara harus berusaha mencegahnya. Menurutnya, Malaysia, Australia dan Rusia telah menjalankan kerja membanteras jenayah siber di rantau pan-Asia dan Eurasia. Selain itu, Malaysia juga akan bekerjasama dengan China untuk menjamin keselamatan siber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China