Cari:
Skala Ekonomi Asia Tenggara Dijangka Akan Terus Membesar
2014-10-08 14:00:18 CRI Cetak

Menurut jangkaan United Overseas Bank Singapura baru-baru ini, kebangkitan ekonomi China dan penubuhan komuniti ASEAN pada tahun 2015 akan menjadi perangsang bagi pembangunan ekonomi rantau Asia Tenggara. Peningkatan skala ekonomi ASEAN akan mendorong rantau Asia Tenggara menjadi salah satu pasaran penggunaan yang berkembang paling pesat di dunia dan meningkatkn kedudukan ekonomi ASEAN di arena antarabangsa.

Menurut data jangkaan tersebut, sekiranya kadar pertumbuhan purata tahunan ekonomi ASEAN pada masa depan mengekalkan dua pertiga kadar pertumbuhan purata tahunan yang dicapai dalam tempoh 2001 hingga 2013, jumlah keseluruhan ekonomi masih dapat melebihi USD 4 trilion menjelang 2020, manakala melebihi USD 9 trilion pada 2030.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China