Cari:
Kerjasama Industri Perkilangan China-ASEAN Berdepan Tiga Cabaran Besar
2014-10-09 13:30:46 CRI Cetak
Laporan hasil tinjauan oleh Bank United Overseas Singapura yang diterbitkan dalam akhbar Nanyang Siang Pau Malaysia jelas memperlihatkan keunikan struktur industri pelbagai negara ASEAN. Industri intensif modal dan intelek amat maju di Singapura, industri petrokimia dan perkilangan perkakas elektrik dan elektronik berkembang pesat di Malaysia, Filipina mempunyai kelebihan dalam pelombongan dan peleburan bijih logam, manakala Indonesia memiliki sumber kayu, petroleum dan gas asli. Selain itu, China telah banyak mengeksport produk permesinan dan elektronik, tekstil dan produk petrokimia ke pasaran ASEAN.

Walaupun bidang kerjasama industri China-ASEAN semakin meluas dan berpotensi besar, namun masih berdepan dengan tiga cabaran besar.

Pertama, struktur industri yang lebih kurang sama. Berbanding China, Singapura dan Malaysia memang memiliki kelebihan dalam perkilangan perkakas elektromekanik dan industri intensif modal yang lain, namun Vietnam dan Kemboja pula menjadi pesaing China dalam industri intensif buruh seperti perkilangan pakaian dan kasut.

Kedua, persaingan untuk menarik pelaburan asing amat sengit. China dan ASEAN kini dalam proses mendorong pengindustrian dan pembandaran, jadi masing-masing sedang giat memperbaiki persekitaran pelaburan untuk menarik pelaburan asing. Ini mewujudkan persaingan sengit untuk menarik pelaburan langsung asing.

Akhir sekali, kawal selia operasi pasaran masih rendah. Seiring dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, negara ASEAN telah menjadi destinasi pelaburan yang digemari syarikat-syarikat China. Namun, risiko tersembunyi seperti tahap pengawalseliaan pasaran yang rendah dan ketidakstabilan politik di sesetengah negara ASEAN mempengaruhi syarikat China yang ingin menerokai pasaran ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China