Cari:
Empat Warga China Cedera dalam Letupan Bom di KL
2014-10-09 15:17:31 CRI Cetak

Kejadian letupan bom berlaku di sekitar sebuah bar di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia pagi tadi, mengakibarkan sekurang-kurangnya 14 orang cedera, antaranya termasuk empat warga China. Kedutaan China di Malaysia telah mengesahkan berita itu.

Menurut laporan media tempatan, letupan itu berlaku pada pukul 4.30 pagi tadi dan menyebabkan sekurang-kurangnya empat buah kereta rosak. Masih terdapat sebuah bahan letupan belum meletup di lokasi itu.

Menurut maklumat daripada Kedutaan China di Malaysia, dua warga China yang cedera itu telah dihantar ke hospital tempatan dan pegawai Kedutaan China telah pergi ke hospital untuk mengunjungi mereka.

Menurut berita terkini daripada Utusan Malaysia, seorang pekerja joki yang parah dalam kejadian letupan tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Polis mengesahkan kejadian letupan bom itu tiada kaitan dengan militan Negara Islam (IS) tetapi lebih kepada jenayah bermotif dendam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China