Cari:
60% Pelaburan China Sasarkan Asia Tenggara
2014-10-10 12:16:11 CRI Cetak

Berdasarkan kaji selidik Bank United Overseas (UOB) Singapura, 60% syarikat China merancang melabur di seberang laut dan Asia Tenggara merupakan destinasi pilihan utama mereka.

Kerajaan China menggalakkan pelaburan ke luar negara, dengan ini pelaburan langsung China ke luar negara melebihi USD 100 bilion pada tahun 2013 dan terus menjadi negara pelabur ketiga terbesar di dunia sejak tahun 2012. Pelaburan antara Chian dengan ASEAN meningkat USD 70 bilion dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan telah mencatat USD 100.7 bilion. Pelaburan langsung China di ASEAN meningkat 6.8% kepada USD 6 bilion pada tahun 2013. Terdapat 5200 buah syarikat China melabur di Singapura.

Pelaburan China di seberang laut akan mencapai USD 500 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang. Asia Tenggara mempunyai keunggulan bagi menarik pelaburan China kerana persekitaran pelaburan yang terbuka, dasar pelaburan yang longgar dan kos tenaga pekerja yang rendah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China