Cari:
Najib Kutuk Keganasan Di Bukit Bintang
2014-10-10 12:18:13 CRI Cetak
Bernama Malaysia melaporkan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengutuk insiden letupan bom di Bukit Bintang, Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Beliau menegaskan perbuatan tidak menghormati undang-undang itu tidak akan dibiarkan.

Pihak polis mengenal pasti bom dalam insiden letupan di depan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang awal pagi Khamis ialah bom tangan M67.

Seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing. Mangsa yang cedera merupakan enam orang Malaysia, seorang lelaki warga Thailand, seorang lelaki Singapura dan empat wanita warga China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China