Cari:
Hishammuddin: Hubungan Ketenteraan Malaysia-China Perlu Diperkukuh
2014-10-10 12:25:09 CRI Cetak

Bernama Malaysia melaporkan, hubungan ketenteraan antara Malaysia dan China perlu diperkukuhkan lagi bagi membawa kepada kejayaan lebih baik dalam memerangi semua bentuk kegiatan militan. Demikian dikatakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas menerima kunjungan Anggota Dewan Negara China Yang Jiechi baru-baru ini.

Berhubung lawatan Yang Jiechi dan delegasinya ke Malaysia, Hishammuddin percaya ia satu permulaan baik bagi Malaysia sebelum menjadi pengerusi ASEAN tahun depan. Katanya hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tidak wujud secara automatik, tetapi hasil daripada lawatan dan persefahaman yang dipupuk.

Sementara itu, Yang Jiechi berkata, China dan Malaysia telah menikmati kerjasama erat dalam pelbagai bidang sejak sekian lama, beliau mencadangkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan pelancongan dipertingkatkan. Beliau juga yakin hubungan ekonomi dua hala akan mencapai sasaran perdagangan USD150 bilion menjelang 2017.

Yang Jiechi juga berkata, China mengalu-alukan penyertaan Dato' Seri Najib pada forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan berlangsung di Beijing November ini dan percaya penyertaan beliau akan memainkan peranan penting bagi kejayaan mesyuarat itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China