Cari:
Thailand Menjadi Destinasi Pilihan Utama Pelancong China Semula
2014-10-10 14:47:18 CRI Cetak

Disebabkan situasi politik yang semakin stabil dan tindakan memansuhkan yuran visa bagi pelancong China selama tiga bulan, Thailand sekali lagi menjadi destinasi pilihan utama bagi pelancong China dalam tempoh cuti seminggu sempena Hari Kebangsaan China yang bermula pada 1 Okotber lalu.

Berdasarkan statisitk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Thailand yang paling ramai menerima pelancong China, bermula dari 1 hingga 7 Oktober lalu, jumlah pelancong China ke Thailand mencatat 147 ribu orang.

Untuk menerima kedatangan pelancong China, jabatan pelancongan Thailand telah membuat persiapan yang rapi. Misalnya, lebih ramai pekerja ditugaskan untuk menguruskan prosedur kastam serta visa ketibaan. Laluan yang khusus untuk pelancong China pula dibuka pada masa itu.

Sejak tahun 2012, China telah menjadi negara sumber pelancong terbesar bagi Thailand dengan jumlah 2.7 juta orang. Angka ini meningkat lagi kepada 4.7 juta orang pada tahun 2013.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China