Cari:
Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau Menawarkan Peluang Untuk Syarikat Malaysia
2014-10-11 15:42:05 CRI Cetak
Bernama Malayasia melaporkan, syarikat-syarikat Malaysia akan dapat mengakses pasaran yang besar melalui Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang menawarkan peluang besar untuk mereka meningkatkan eksport dan pelaburan di rantau ini.

RCEP ialah perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara negara anggota ASEAN (AMS) dan enam rakan FTA termasuk Australia, China, India, Jepun, Republik Korea dan New Zealand.

Menurut Laporan Ekonomi 2014-2015, RCEP akan mempergiat kerjasama ekonomi serta integrasi serantau yang meluas dan mendalam bersandarkan rantaian ekonomi ASEAN sedia ada.

Laporan tersebut dikeluarkan sempena pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan.

Sehingga Jun 2014, sebanyak lima pusingan rundingan RCEP telah diadakan dan rundingan RCEP ini dijangka muktamad pada akhir 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China