Cari:
Kerjasama Landasan Kereta Api China-Thailand Bermanfaat bagi Kemakmuran Thai dan Serantau
2014-10-15 15:17:43 CRI Cetak

Dalam proses pembangunan kesalinghubungan di rantau Asia Tenggara, kerjasama landasan kereta api selalu menarik perhatian yang meluas. Duta Besar China ke Thailand, Ning Fukui berkata semalam, China mempunyai kemampuan dan keinginan bekerjasama membangunkan landasan kereta api Thailand. Projek kerjasama infrastruktur itu bukan sahaja bermanfaat bagi pembangunan sosioekonomi Thai, tetapi juga berfaedah bagi kemakmuran bersama serantau.

Hubungan China-Thailand merupakan tunggak bagi perkembangan hubungan China-ASEAN. Thailand juga merupakan salah satu rakan China yang paling dipercayai antara anggota ASEAN. Walau bagaimanapun, hubungan bilateral masih kurang sokongan projek strategik. Ning Fukui berkata,

"Pembangunan projek besar, terutamanya kesalinghubungan prasarana dapat menggalakkan perdagangan, pelaburan dan pertukaran antara satu sama lain, menaiktaraf kerjasama ekonomi dan perdagangan, memperhebat kepercayaan strategik, mempererat hubungan rakyat agar menyediakan asas yang kukuh bagi perkembangan hubungan bilateral. Tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan Thailand. Apabila tercapai, perjanjian kerjasama dalam pembangunan infrastruktur seperti landasan kereta api dapat menjadi batu tanda persahabatan."

Untuk mendorong kerjasama landasan kereta api, Ning Fukui semalam memulakan tinjauan ke Khon Kaen, Nong Khai dan Udon Thani, tiga provinsi di timur laut Thailand. Beliau berkata, perdagangan rantau Asia meningkat kepada USD 3 trilion daripada USD 1 trilion pada 10 tahun yang lalu. Kebergantungan perdagangan pula meningkat kepada 50% daripada 30%. Pembangunan integrasi menjadikan Asia salah satu rantau yang paling dinamik di dunia. Kesalinghubungan infrastruktur dipercayai hala tuju penting yang mendorong integrasi tersebut.

"Bayangkan saja betapa besarnya pasaran apabila kesalinghubungan kawasan pedalaman dan pesisir laut suatu negara dapat diwujudkan, kesalinghubungan antara China dengan ASEAN tercapai, rangkaian landasan kereta api Pan-Asia terbina serta Asia dan Eropah tersambung. Pada masa itu, perdagangan, pelaburan, kewangan dan pelancongan dipercayai melambung secara berganda-ganda."

Ning Fukui juga berkata, China berhasrat terlibat dalam pembinaan landasan kereta api, bukan hanya landasan kereta api laju di negara berkenaan. Selain itu, China juga akan mempertimbangkan dan menghormati keprihatinan rakyat Thailand dalam bidang perlindungan alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China