Seminar Kerjasama Landasan Kereta Api China-Thailand anjuran Kedutaan Besar China ke Thailand dan Konsulat Awam China ke Khon Kaen diadakan semalam bagi mendorong kerjasama prasarana antara satu sama lain. Seramai 500 orang wakil termasuk pegawai kerajaan, pakar, sarjana, tokoh-tokoh termasyhur dan wakil dari dewan perniagaan serta taman perindustrian menghadiri seminar tersebut.
Menteri Pengangkutan Thailand, Chatichai memperkenalkan pelan pembangunan infrastruktur pengangkutan Thailand pada tahun 2015 hingga 2022. Menurut beliau, China mempunyai pengalaman yang banyak, teknologi yang maju dalam bidang berkenaan. Beliau berharap Thailand menimba pengalaman China dalam pembinaan landasan kereta api.