Cari:
Zhang Gaoli Temui Teo Chee Hean
2014-10-28 13:12:19 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Teo Chee Hean di bandar Suzhou baru-baru ini. Kedua-dua pemimpin ini bersama-sama mempengerusikan siri mesyuarat yang berfokus kepada kerjasama dua hala, termasuk Mesyuarat ke-11 Majlis Bersama Kerjasama Dua Hala China-Singapura, Mesyuarat ke-16 Majlis Penyelarasan Bersama Taman Industri Suzhou dan Mesyuarat ke-7 Majlis Penyelarasan Bersama Bandar Ekologi Tianjin.

Dalam pertemuan itu, Zhang Gaoli berkata, China dan Singapura menjalinkan hubungan persahabatan dan kerjasama yang istimewa. Tahun depan merupakan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. China bersedia bekerjasama dengan Singapura untuk meningkatkan kesalingpercayaan strategik dan kerjasama yang saling menguntungkan.

Teo Chee Hean pula berkata, Singapura dan China mempunyai hubungan yang rapat dan menjalankan kerjasama yang meluas. Beliau turut menyifatkan Taman Industri Suzhou dan Bandar Ekologi Tianjin sebagai contoh yang baik dalam kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China