Cari:
Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia dan Brunei Ke-18 di Kuala Lumpur
2014-11-04 15:29:30 CRI Cetak
Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah mahu pasukan teknikal bersama yang dibentuk kedua-dua negara menyegerakan proses pengukuran dan persempadanan darat kedua-dua negara.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Rundi­ngan Tahunan Pemimpin Malaysia dan Brunei Ke-18 di Kuala Lumpur Malaysia semalam, kedua-dua pemimpin tersebut meng­alu-alukan penggunaan prosedur operasi standard (SOP) untuk ukur hidrografi bagi menentukan sempadan dari Sungai Pandaruan dan Sungai Menunggol ke Sarawak. Kedua-dua pihak juga memuji kerja cemerlang yang ditunjukkan pasukan teknikal bersama dalam persempadanan dan pengukuran serta berpuas hati dengan kemajuan signifikan dalam bahagian yang sudah dikenal pasti dan diberi keutamaan.

Dalam majlis rundingan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Hassanal Bolkiah telah membincangkan pelbagai isu dan menyatakan rasa puas hati terhadap hubungan dua hala selain menegaskan kepentingan me­ngukuhkan kerjasama dalam bidang pertanian, maklumat, teknologi, komunikasi dan percukaian. Kedua-dua pihak juga berpuas hati dengan pelaksanaan perjanjian dua hala yang dimeterai pada 16 Mac 2009 selain menggesa pegawai masing-masing untuk menyelesaikan semua isu berbangkit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China