Cari:
Malaysia Mahu Sertai Pasukan Penyiasat Nahas Pesawat MH17 yang Diketuai Belanda
2014-11-06 13:04:10 Agensi Berita China Cetak

Najib Tun Razak menyambut ketibaan Mark Rutte di pekarangan bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 5 November lalu.

Malaysia akan menyertai pasukan penyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines(MAS) MH17 yang diketuai Belanda. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian semalam ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutte yang membuat lawatan rasmi sehari di Malaysia.

Najib berkata, negaranya akan memainkan peranan menonjol dalam siasatan nahas MH17. Beliau turut menyampaikan terima kasih terhadap sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Belanda. Menurut Najib, pemimpin kedua-dua negara sebulat suara berpendapat tugas yang paling mendesak pada masa ini adalah menghantar balik bangkai pesawat agar membuat laporan muktamad berkaitan nahas MH17. Beliau menambah, Malaysia komited akan menjatuhkan hukuman terhadap suspek di sebalik tragedi MH17.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China