Cari:
Sultan Brunei Terima Ijazah Kehormat USM
2014-11-07 08:54:39 CRI Cetak

Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang pada upacara konvokesyen Universiti Sains Malaysia ke-50 di George Town, Pulau Pinang. Ia disampaikan Canselornya, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Dalam titah baginda selepas menerima anugerah itu di Dewan Tuanku Syed Putra USM, Sultan Hasanal Bolkiah menyifatkan penganugerahan ijazah kehormat itu sebagai penghormatan yang tinggi dan mampu menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan hubungan sedia ada antara Brunei dan Malaysia.

Baginda juga ingin melihat hubungan kerjasama yang wujud dapat terus dipertingkat melalui kerjasama pendidikan mahupun pertukaran pelajar antara institusi pengajian tinggi kedua-dua negara.

Setakat ini Brunei mempunyai empat buah universiti dan sebuah politeknik.

Sebelum mengakhiri titah baginda, Sultan Hasanal Bolkiah menjelaskan bahawa Brunei juga sedang giat mentransformasi bidang pendidikan teknikal agar dapat melahirkan pelajar berkemahiran yang mampu memenuhi tuntutan semasa.

--RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China