Cari:
Xi: China, Kemboja Patut Jadi Komuniti Berkongsi Masa Depan Bersama
2014-11-08 14:39:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang semalam.

Dalam pertemuan itu, Presiden Xi mengalu-alukan Hun Sen menghadiri Dialog Perkasakan Perkongsian Kesalinghubungan di Beijing. Beliau berkata, China dan Kemboja patut menjadi komuniti yang berkongsi masa depan yang bersama demi hubungan bilateral terus berkembang. China menyokong Kemboja mengamalkan jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan sendiri. China akan terus menyediakan bantuan kepada Kemboja untuk mencapai pembangunan sosioekonomi. Kedua-dua negara harus memperkasakan komunikasi dan penyelarasan bagi mempertahankan dan memajukan perpaduan dan kerjasama antara China dengan ASEAN.

Hun Sen pula berkata, pihaknya menyokong penuh Dialog Perkasakan Perkongsian Kesalinghubungan dan Persidangan APEC yang diadakan di China. Kemboja berhasrat untuk mengambil peluang pembangunan Kawasan Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, menggerakkan pembinaan prasarana dan pertumbuhan ekonomi negara, mengambil bahagian dalam proses integrasi serantau, dan menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China