Cari:
Anggota APEC Mesti Tingkatkan Usaha Untuk Jayakan Perdagangan Bebas Serantau
2014-11-08 17:04:49 CRI Cetak

Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mesti mengguna pakai pelan tindakan dan meningkatkan usaha untuk merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), yang tidak mustahil dicapai walaupun rundingan dijangka kompleks dan mencabar.

Tokoh perbankan terkemuka Malaysia, Tan Sri Azman Hashim berkata ramuan penting untuk kerajaan mengguna pakai pelan tindakan itu ialah dengan terus meningkatkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan, dan dalam proses itu, memperkukuh lagi penyepaduan ekonomi serantau.

"FTAAP sangat penting kepada ABAC memandangkan ia meupakan pencapaian sebenar Matlamat Bogor Apec," kata Azman, yang mempengerusikan bersama Kumpulan Kerja Kewangan dan Ekonomi Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).

Azman berkata majlis perniagaan juga menghargai perakuan badan serantau itu ke atas Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Pakatan Pasifik sebagai blok penting ke arah merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas di Asia Pasifik.

--Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China