Cari:
Hubungan Ekonomi Malaysia-China Sasar Lonjakan Nilai Dagangan Dua Hala US$160 Bilion
2014-11-09 16:17:18 CRI Cetak

Menurut laporan Bernama Malaysia, Malaysia-China yang telah menjalin hubungan kukuh sejak 40 tahun, menyasarkan lonjakan US$160 bilion nilai dagangan kedua-dua negara menjelang 2017.

Demikian dinyatakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berada di Beijing bagi menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri APEC (AMM) sempena sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) China 2014.

Menurut beliau, angka itu merupakan sasaran pertama Jawatankuasa Khas Pemantauan, yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 4 Nov lalu, bagi menggabungkan semua agensi di bawah kementerian untuk penyelarasan dan pemantauan aktiviti ekonomi dengan China.

Penubuhan jawatankuasa berkenaan yang merupakan inisiatif yang bermatlamat memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-China, diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Beijing semasa sambutan ulang tahun ke-40 hubungan Kuala Lumpur-Beijing, Mei lalu.

Mustapa berkata jawatankuasa khas itu yang sekaligus menjadi platform sehenti penyelarasan aktiviti perdagangan kedua-dua negara, akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Menurutnya, kesungguhan Malaysia dalam menyelaras dan memantau aktiviti dan hubungan ekonomi dengan China dibuktikan apabila Najib sendiri bakal mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan telah ini telah memperlihatkan betapa pentingnya hubungan dengan China kepada Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China