Cari:
Hubungan Malaysia-China Berada di Landasan Betul
2014-11-14 13:20:43 CRI Cetak

Agensi Berita Bernama Malaysia melaporkan, hubungan dua hala Malaysia-China berada di landasan yang betul malah bertambah akrab walaupun diganggu pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan berikutan tragedi pesawat MH370 sehingga menjejaskan sedikit hubungan antara kedua-dua negara.

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin berkata kekuatan hubungan itu disokong majoriti rakyat China yang mahu melihat hubungan tersebut pulih dengan cepat.

Menurut beliau, hubungan antara rakyat kedua-dua negara terjejas sedikit pada awalnya kerana teori spekulasi yang dimainkan pihak-pihak tertentu sehingga menjadi isu emosi melalui Internet. Persepsi itu bagaimanapun bertukar malah hubungan Malaysia-China lebih kuat. Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Beijing Isnin lepas mengukuhkan lagi hubungan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China