Pengumuman Bersama China-Myanmar mengenai pemerkasaan kerjasama strategik menyeluruh kedua-dua negara dikeluarkan di Nay Pyi Daw semalam.
Pengumuman yang merangkumi 16 kategori itu mengimbas kembali perkembangan hubungan persahabatan China-Myanmar dan memberi penilaian tinggi terhadap persahabatan tradisional "Pauk-Phaw", iaitu hubungan kedua-dua negara sehingga kini sudah seperti saudara kandung.
Kedua-dua pihak ini bersetuju untuk menyokong semangat Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai, sekali gus meningkatkan kerajasama dalam pelbagai bidang berdasarkan kesalingpercayaan dan kesalinguntungan supaya hubungan rakan kerjasama strategik menyeluruh dapat melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.