Cari:
Li Keqiang: Generasi Muda, Pewaris Persahabatan "Pauk-Phaw" China-Myanmar
2014-11-15 15:01:02 CRI Cetak

Presiden China Li Keqiang mengunjungi Sekolah Menengah No.14 di Nay Pyi Daw, Myanmar semalam.

Semasa bertemu mesra dengan pelajar-pelajar dari sekolah itu, PM Li berkata, beliau bagi pihak kerajaan mempelawa seramai 100 orang remaja Myanmar melawat ke China tahun depan, di samping membolehkan lebih ramai pelajar Myanmar mendapat biasiswa untuk belajar di China.

Beliau mengharapkan generasi muda tersebut dapat menguasai bahasa Mandarin, berkhidmat kepada negara selepas mengakhiri pengajian mereka di luar negara dan menyumbang kepada usaha menyemarakkan persahabatan tradisional "Pauk-Phaw" (bererti 'saudara' dalam bahasa Myanmar) antara kedua-dua negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China