Cari:
Hubungan Malaysia-China Berkembang Melepasi Jangkaan
2014-11-15 15:07:41 CRI Cetak

Agensi Berita Bernama Malaysia menyifatkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak APEC 2014 yang baru berakhir di Beijing, China sebagai berjaya, bukan sahaja menarik pemimpin-pemimpin lain bergembleng tenaga untuk menjadikan Asia Pasifik rantau yang paling dinamik di dunia, malah memastikan Malaysia dan China kekal sebagai rakan kemakmuran dan keamanan.

Bagi mereka yang mengikuti rapat evolusi hubungan Malaysia-China selama berdekad-dekad lamanya, tiada yang dapat menafikan hakikat bahawa hubungan itu sesungguhnya semakin mekar melepasi jangkaan.

Antara banyak pertemuan dua hala yang berlangsung, Najib menyifatkan pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang sebagai paling istimewa.

Asas diplomatik yang kukuh sudah wujud antara kedua-dua negara ini, sekali gus membuka peluang yang lebih meluas dan mendalam untuk terus meningkatkan lagi pencapaian 40 tahun yang lepas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China