Cari:
Liu Yunshan Temui Abhisit Vejjajiva  
2014-11-18 12:42:39 CRI Cetak

Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC), Liu Yunshan menemui delegasi Parti Demokrat Thailand yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva di Beijing petang semalam.

Liu berkata, China dan Thailand telah menjalinkan hubungan persahabatan sejak zaman dahulu. Sidang Kemuncak Pemimpin APEC yang baru berakhir di Beijing mencapai hasil yang cemerlang dan mendinamikkan pembangunan rantau ini. Tahun depan merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Thailand. China bersedia menggunakan peluang ini merapatkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan Thailand.

Abhisit pula berkata, mempererat persahabatan dan kerjasama dengan China merupakan hasrat bersama rakyat Thailand. Inisiatif Jalan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dan pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (APFTA) anjuran China akan membawa peluang pembangunan penting kepada pelbagai negara termasuk Thailand. Pihaknya bersedia memberikan sumbangan demi merapatkan kerjasama dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China