Cari:
Jambatan Don Khong, Laos Dibuka
2014-11-24 15:28:40 CRI Cetak

Jambatan Don Khong yang merentasi Sungai Mekong di wilayah Champasak, Laos dibuka secara rasmi pada 23 November lalu. Jambatan tersebut dibina oleh Institut Perancangan, Peninjauan dan Perekaan Pengangkutan Provinsi Hunan China.

Don Khong merupakan pulau yang paling besar antara Empat Ribu Pulau, iaitu destinasi pelancongan terkenal di selatan Laos. Pembukaan jambatan itu sekali gus mengakhiri keadaan pengangkutan di situ yang hanya bergantung kepada feri selama ini.

Upacara perasmian jambatan itu dihadiri oleh Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, Duta Besar China ke Laos dan pegawai kerajaan kedua-dua negara.

Menteri Projek Awam dan Pengangkutan Laos, Bounchanh Sinthavong ketika berucap dalam upacara perasmian itu berkata, Jambatan Don Khong akan memainkan peranan yang penting untuk mendorong industri pelancongan dan pembangunan sosioekonomi di selatan Laos. Perasmian jambatan itu turut meletakkan asas kepada pelaksanaan rancangan Laos untuk menghubungkan pulau Don Khong dengan Kemboja.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China