Cari:
Media Malaysia Puji Ekonomi China
2014-11-27 15:20:54 CRI Cetak

Akhbar Nanyang Siang Pau Malaysia baru-baru ini menerbitkan artikel kumpulan pemikir, Pusat Penyelidikan Anbound yang memberi penilaian positif kepada pembangunan ekonomi China. Demikian menurut makluman daripada Pejabat Kaunselor Ekonomi dan Perniagaan, Kedutaan Besar China di Malaysia.

Artikel itu menyebut, Presiden Xi Jinping dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC pada 9 November lalu, telah memperincikan keadaan baharu ekonomi China, iaitu ekonomi negara ini kini mengekalkan pertumbuhan pada kadar yang sederhana tinggi dengan struktur yang semakin optimal, manakala pertumbuhan ekonominya lebih dipacu oleh inovasi, bukan input dan pelaburan.

Ucapan tersebut sekali gus menafikan laporan media dari dalam dan luar negara yang berpendapat ekonomi China merosot pada beberapa tahun kebelakangan ini, selain mencerminkan keyakinan kendiri terhadap prospek ekonomi China. Walaupun pertumbuhan ekonomi China menjadi perlahan, namun kadar pertumbuhan sebenarnya masih amat menggalakkan. Ekonomi China semakin mapan dan pasarannya kian dinamik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China